Sunday, September 27, 2009

Andainya cinta itu hendak diberi

Salam...kali ni cdah nak kongsi sedikit tips untuk mencari teman kekal di dunia n akhirat............Semoga usaha kita ini mendapat barakah dariNya........Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seseorang yang :

Kuat pengalaman agamanya
-
Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.
-Ukur juga apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutamanya ketika bersopan.
-Mengutamakan pemuda yang kuat pengalaman agamanya ini adalah sunnah Rasulullah kerana baginda menerima pinangan Saidina ALi seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertaqwa untuk menjadi suami ananknya, Siti Fatimah.

Baik Akhlaknya
-
Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur.Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w bersabda:

" jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuanmu dan kamu berpuas hati dengan agamanya dan
akhlaknya, nikahkanlah dia dengan anak perempuanmu. Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."

Tegas Mempertahankan Maruah
-Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya spt ke tempat2 hiburan yang penuh dengan maksiat.

Tidak Boros
-
Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yg tahu membelanjakan wangnya dgn bijaksana. Nikmat yg ada padanya spt makanan boleh di kongsi sama dengan org yg berhak.

Amanah
-
Selidiki apakah dia seorang yg x pnah mengabaikan tugas yg diberikan kepadanya atau apakah dia pnah menyalahgunakan kedudukannya
.
Tidak Mengelingas Matanya
-Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yg lalu lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yg bermata keranjang dan berbahaya utk disenaraikan sbg calon suami.

Terbatas Pergaulan
-
Dia x mengamalkan cara hidup walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah org.

Siapakah Rakan Pergaulannya
-Rakan2 pergaulannya adalah sama sepertinya

Bertanggungjawab
-
Rasa bertanggungjawab dpt diukur kpd sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yg agak berada sedangkan ahli keluarganya hidup susah, dia bukanlah seorang yg bertanggungjawab.

Tenang Wajahnya
-
Apa yg tersimpan dlm sanubari kdg2 terpancar pd air muka. Perhatikanlah, apakah wajahnya tenang setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yg kelam kabut, dia bukanlah calon yg anda cari.

Berbahagialah anda jika dicintai calon suami yg sedemikian sifatnya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat...................................


Cinta seorang wanita bukanlah utk " buaya fren" tetapi utk suaminya yg sah...........


Tips ni cdah dpt dr kawan2 cdah jgak dlm iLuv Islam.....korang try la join lmn web ni...insyaALLAH byk pengetahuan agama yg akan korg dpt..... Tips ni cdah nak kongsi nag smua kengkawan cdah....Perempuan yg baik adalah untuk lelaki yg baik dan begitu juga sebaliknya......Sama2 kta sbg kaum nisa' menjaga maruah dan martabat kta sebagai wanita solehah.......




No comments:

Post a Comment